JENIS KABEL KOMPUTER






1.0   PENGENALAN KABEL KOMPUTER

Image result for kabel DALAM  komputer

Apa itu kabel ?

Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian.


Antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalam rangkaian ialah seperti: 
1.    Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP)

2.    Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP)

3.    Kabel Sipaksi (Coaxial )

4.    Kabel Fiber Optik

5.    Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission)





1.1       KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL (UTP)

Kabel Pasangan Berpintal (Twisted Pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu :-

1.             Berlapik (Shielded)



2.         Tidak  berlapik  (Unshielded). - Kabel tidak  berlapik  pasangan berpintal (unshielded twisted pair- UTP) merupakan jenis kabel yang paling popular dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah. Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir atau dari peranti bereletrik yang lain.

Katagori kabel UTP

katagori
Kegunaan
Katagori 1 (Cat1)
Kualitas suara analog
Katagori 2 (Cat2)
Transmisi suara digital hingga 4 megabit per detik
Katagori 3 (Cat3)
Transmisi data digital hingga 10 megabit per detik
Katagori 4 (Cat4)
Transmisi data digital hingga 16 megabit per detik
Katagori 5 (Cat5)
Transmisi data digital hingga 100 megabit per detik
Enhanced Category 5  (Cat5e)
Transmisi data digital hingga 250 megabit per detik

Di antara semua kabel di atas, kabel Enhanced Category 5 (Cat5e) dan Category 5 (Cat5) merupakan kabel UTP yang paling popular yang banyak digunakan.





1.2       KABEL KOAKSIAL (COAXIAL)




Image result for KABEL KOAKSIAL (COAXIAL) Image result for KABEL KOAKSIAL (COAXIAL)  Image result for KABEL KOAKSIAL (COAXIAL)






Contoh Kabel Koaksial


a)         Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik  yang terletak di tengah-tengah.

b)         Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik pintalan besi.

c)         Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan sebagainya.

d)         Pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat.

e)         Kabel koaksial boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal.

f)          Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada  panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter.

g)         Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.


h)         Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet. Angka 5 mewakili segmen maksima iaitu 500 meter. Kabel koaksial ini mempunyai penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah.


PENYAMBUNG KABEL KOAKSIAL


*                       Penyambung yang paling sesuai digunakan dengan kabel koaksial ialah Bayone-Neil-Councelman (BNC).

*                       Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambung BNC dan ini termasuklah connector, barrel connector dan pemula dan pemutus litar (terminator).

*                       Penyambung bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu rangkaian.



1.3       KABEL FIBER OPTIK


Image result for kabel fiber optik

Contoh Kabel Fiber Optik

a)         Pengkabelan Fiber Optik mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah.

b)         Dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung. Ia menghantar cahaya dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik.

c)         Amat ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi yang tinggi.

d)         Merupakan bahan yang paling bermutu bagi menyambungkan rangkaian antara bangunan terutama kelebihannya yang lali tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu kelembapan dan cahaya.

e)         Kabel fiber optik berkuasa menghantar isyarat di dalam lingkungan kawasan yang lebih besar berbanding kabel koaksial dan pasangan berpintal.

f)          Mempunyai keupayaan membawa informasi pada kepantasan yang tinggi. Kapasiti sebegini telah memperluaskan keupayaan berkomunikasi termasuklah perkhidmatan berinteraktif dan perundingan bervideo (video conferencing).

Fakta mengenai kabel fiber optik:



*             Jaket luar pelindung diperbuat daripada Teflon atau PVC.

*             Fiber Kevlar membantu memperkuatkan kabel dan menghalangnya dari patah.

*             Satu lapisan plastik bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah.

*             Wayar yang di tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik atau kaca.


Penyambung Fiber Optik


*             Penyambung yang lazim digunakan dengan kabel fiber optik ialah penyambung ST. Ia berbentuk barel dan hampir sama dengan penyambung BNC.

*             Satu lagi penyambung yang baru diperkenalkan ialah SC dan kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama dan lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.


1.4       PENGHANTARAN TANPA WAYAR


a)         Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan tranmisi atau penghantaran tanpa kabel.

b)         Penghantaan cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja dan fail pelayan.

c)         Setiap stesen kerja dan fail pelayan yasng mempunyai rangkaian tanpa kabel  biasanya mempunyai satu penghantar isyarat atau antena  bagi membolehkan data dihantar dan diterima.

d)         Informasi digilirkan di antara penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara fizikal. Bagi jarak yang lebih jauh komunikasi tanpa kabel boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau melalui satelit.

e)         Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer laptop atau komputer mudahalih dengan LAN. Rangkaian tanpa kabel begini amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang lama di mana perkabelan sukar untuk dijalankan.

f)          Transmisi tanpa kabel begini ada juga kekurangannya. Kos yang diperlukan adalah tinggi, keselamatan tidak begitu menyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi radio dan cahaya.


  • CARA PEMASANGAN Kabel Koaksial





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN LAN,MAN,WAN